2 Oct 2013 | 20:19 | 0comments
JENIS PENILAIAN BAHASA :
1. Ujian Formatif
2. Ujian Sumatif
3. Ujian Bakat
4. Ujian Pencapaian
5. Ujian Kefasihan
6. Ujian Kemajuan
Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran. Ujian SumatifUjian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.
Ujian Formatif
Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.
- Bahan atau alat ujian yang digunakan oleh guru untuk menguji sesuatu unit kemahiran atau subkemahiran bahasa yang telah diajar.
- Ujian yang diberikan adalah berasaskan sesuatu kemahiran atau subkemahiran atau sesuatu aspek bahasa yang telah diajar dalam jangka masa yang pendek seperti mingguan atau bulanan.
- Ujian formatif bertujuan untuk menguji kemahiran murid dalam penguasaan sesuatu subkemahiran bahasa
Ujian Sumatif
Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.
- Bahan atau alat ujian yang dibina untuk menguji pencapaian murid dalam beberapa kemahiran bahasa yang telah diajar secara jangka masa panjang seperti selepas satu semester atau selepas setahun persekolahan.
- Ujian ini memberi penekanan kepada kognitif murid.
- Selain itu, jenis ujian ini ialah rujukan norma dan pelaporannya pula adalah berbentuk jumlah skor.
Perbezaan Ujian Formatif Ujian Sumatif Fungsi
- Sebagai maklumbalas kepada pelajar dan guru untk mengetahui kelemahan serta kemajuan
- Pensijilan/pengredanMasa
- Sepanjang pengajaran
- Pada akhir unit/kursusPenekanan
- Kognitif, psikomotor,dan afektif
- KognitifSifat
- Terhad kepada tugasan
- Beraneka jenisKesukaran
- Berubah-rubah
- Senang kepada sukarAlat
- Dibentuk khas
- Peperiksaan akhir tahunJenis Ujian
- Rujukan Kriteria
- Rujukan NormaPelaporan
- Gagal/lulus
- Jumlah skorContoh
- Ujian bulanan/lembaran kerja
- UPSR, PMR, SPM dan STPM
Ujian Bakat
Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.
- Ujian bakat bertujuan untuk mengesan bakat seseorang pelajar dalam menguasai bahasa asing sama ada khusus pada satu-satu bahasa atau secara keseluruhan.
- Ujian ini adalah khusus untuk menelaah potensi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajari.
- Ia melibatkan data-data bahasa yang ‘artifical’ yang mengandungi pelbagai unsur bahasa seperti fonetik, tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainnya.
- Hasil ujian direkod dan dianalisis untuk membantu guru memahami masalah pelajar dan mengenalpasti pelajar yang berbakat untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.
Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.
- Ia bertujuan untuk menentukan setakat mana pelajar telah menguasai kemahiran, bahan atau isi pelajaran yang telah diajar kepada mereka.
- Soalan-soalan yang dikemukakan pula berkaitan dengan isi pelajaran yang telah diajar sahaja.
- Ujian pencapaian boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran atau mengikut penggal atau semester persekolahan.
- Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
- Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan pelajaran.
Untuk kefasihan digunakan untuk menentukan tahap mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa. Digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dan pengetahuan dan kebolehan mereka.
- Ujian ini dilakukan bagi menentukan setakat mana murid mengetahui dan menguasai sesuatu bahasa secara keseluruhan.
- Ia berbeza dengan ujian pencapaian kerana ujian kefasihan tidak berdasarkan kepada sesuatu isi pelajaran sebaliknya menilai kebolehan global (umum) pada bahasa yang dipelajari murid terbabit.
- Ujian ini sering digunakan bagi menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehannnya.
- Ia dinilai dari segi :~ Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas.~ Intonasi dan nada yang betul.~ Pemilihan ungkapan yang betul.~ Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas.~ Posisi tubuh yang betul.~ Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk mennyerap perkataan).
Ujian Kemajuan :
Ujian Kemajuan digunakan di dalam bilik darjah dan hanya dinilai oleh guru kelas.
Untuk kemajuan bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana pelajar-pelajar telah menguasai bahan/perkara –perkara yang diajar tentang 1 tajuk tertentu.
- Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
- Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.
- Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
- Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan
Sumber : http://sehijauemerald.blogspot.com
Labels: Topik 5